Tiadakah engkau perhatikan orang-orang yang keluar dari rumahnya, beribu-ribu banyaknya, kerana takut mati, lalu Allah mengatakan kepada mereka: “Matilah” Kemudian mereka itu dihidupkan Allah kembali, sesungguhnya Allah itu Pemurah terhadap manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih [Surah Al-Baqarah, ayat 243].
===
hadis...
“Rasulullah [salawat dan salam kepada baginda, keluarga dan para sahabat yang mengikuti jejak langkah baginda] bersabda, daku dapati perumpamaan anak adam (manusia yang meninggalkan dunia ini seperti seorang bayi yang keluar dari rahim ibunya yang sempit dan gelap ke dunia yang terbuka luas). Sebelum datang ke dunia ini rahim ibu dianggap sebagai tempat yang amat selesa. Selepas menyaksikan keselesaan dan kenikmatan dunia, tiada seorang pun yang mahu kembali ke sana. Begitu juga semasa hidup di dunia, ia takutkan akhirat tetapi selepas pergi ke sana tiada seorang pun yang ingin untuk kembali (bagi orang ya ng beriman).
.............
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. [At-Taubah, ayat 105]
===
Tidakkah mereka perhatikan, berapa banyaknya angkatan-angkatan (generasi) telah Kami binasakan sebelum mereka, telah Kami teguhkan kedudukannya di muka bumi melebihi keteguhan yang Kami berikan kepada kamu, dan Kami kirim awan untuk menurunkan hujan yang cukup buat mereka; dan Kami buatkan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, lalu Kami binasakan disebabkan dosanya, dan Kami bangunkan lagi sesudah mereka, angkatan yang lain [Surah Al-Anaam, ayat 6].
===
Setiap jiwa, mesti merasai kematian, dan kamu Kami cuba dengan yang buruk dan yang baik untuk ujian, dan kepada Kami nanti kamu akan dikembalikan [Surah Al-Anbiyaa, ayat 35].
===
more on
hidup selepas kematian