a

Thursday, 12 August 2010

Makkah Taraweeh 2010 -(Night 2 Witr+Dua-e-Qunoot) Sheikh Maahir

Makkah Taraweeh 2010 -(Night 2 Witr+Dua-e-Qunoot) Sheikh Maahir



Led by sheikh Maahir in the haram.


First Night Makkah Taraweeh 1431(2010)

First Night Makkah Taraweeh 1431(2010)




Led by Shaykh Abdullah Juhainy.

For more please go to www.haramainrecordings.com. May Allah reward them. Ameen




Tuesday, 10 August 2010

Ramadhan mubarak. Ramadhan Kareem.

azam saya di bulan ramadhan habis baca 30 juzuk Quran

azam saya di bulan ramadhan


saya minat membaca azam sahabat internet di blog......



azam kami penduduk helwa di lancaster untuk khatam Quran....


kami berjaya tahun lepas dan terpaksa jaga the last day untuk habiskan,....

so this year kami jadi lebih cerdik sedikit dari dulu by dividing ourselves into 3 group...

so each group has 10 juzuk of Quran to finish....


group one : first ten juzuk Quran ( juzuk 1 -10)
group two : second ten juzuk Quran ( juzuk 11 -20)
group three : last ten juzuk Quran ( juzuk 21 -30)


====

interesting to share on prof kamil azam too

and another friend di alam maya tooo...\

so what is your AZAM ? care to share with others ????



http://muhdkamil.org/blog/2010/08/10/selamat-berpuasa/



===

Apakah azam saya?

Saya mahu bangun lebih awal daripada hari-hari biasa. Tidak mahu berfikir apakah yang bakal dimasak oleh Roza untuk berbuka. Saya sentiasa terkenang kata-kata Ustaz Fahmi ketika menyampaikan kuliah di UiTM Segamat,

“Salah satu tanda mudah yang orang berpuasa itu berada di peringkat tinggi ialah beliau tidak mengingati @ berfikir apa yang bakal diterimanya ketika berbuka…”

Saya akan solat terawih 8 rakaat di masjid dan jika diizin Allah dapat meneruskan solat-solat pada 1/3 malam yang tersisa.

Saya berazam untuk menambah helaian bacaan al-quran setiap hari. Tidak khatam pun tidak mengapa tetapi akan saya kaji isi kandungannya berdasarkan tafsir Munir, Azhar atau Ibnu Katsir. Malah saya sudah beli kitab asal-usul ayat-ayat al-quran diturunkan.

Mudah-mudahan tambahan bacaan tersebut akan kekal sehinggalah 11 bulan yang akan datang.

Saya juga ingin membaca buku-buku agama yang masih belum terusik tetapi menarik minat di hati.

Saya juga berazam untuk menyudahkan editing buku Travelog Cinta Abadi ll yang sudah lama di tangan.

Kurangkan tidur jika mahu azam tersebut terlaksana.

Saya tidak bercita-cita besar tetapi saya mahu istiqamah.

Azam saya!

Ya Allah, ampunilah daku…. permudahkanlah!



====


azam sahabat alam maya


http://inamohamed.blogspot.com/



Matlamat: Mencapai tahap puasa golongan khusussiah iaitu berpuasa pancaindera, hati & nafsu.
Objektif: 1. Bertemu malam Al-Qadr
2. Khatam 1X 30 juzuk Al-Quran (mengaji 1 juzuk sehari)
3. Qiamullail Setiap malam
4. Bersedekah setiap hari

Azamku juga untuk bersungguh-sungguh menjaga lidah, mata, telinga dan anggota2 badan yang lain agar tidak melakukan perkara2 yg secara hakikatnya boleh membatalkan puasa. Bila lidah berkata, mata memandang, telinga mendengar, kaki berjalan & tangan memegang hanya mengharapkan keredhaan Allah semata2. Yang paling utama hati sentiasa berzikir mengingati Allah, berbaik sangka dan jauh dari sifat2 mazmumah.

Apabila telinga mendengar & mata memandang perkara yang boleh mendatangkan dosa, ucapkanlah Subhanallah. Apabila memandang kejadian Allah yang hebat, ucapkanlah MasyaAllah. Apabila mendapat nikmat, ucapkanlah Alhamdullillah. InsyaAllah, aku berazam untuk mengamalkan sunnah Rasullullah mulai saat ini agar apabila tiba Ramadhan nanti, amalan ini telah sebati.


Jadual Harian
4.00pagi: Qiamullail
4.30pagi: Persiapan Bersahur & Bersahur
5.30pagi: Mengaji/Solat Subuh/Berzikir
6.30pagi: Kerja Rumah/Rehat
7.30pagi -1.00 t/hari: Kerja
1.00ptg-1.30 ptg : Rehat/Solat Zuhur
1.30ptg - 4.30 ptg : Sambung Kerja
5.00ptg : Solat Asar/Mengaji
6.00ptg : Persiapan Berbuka
7.00mlm: Berbuka/Solat Maghrib/Zikir & Mengaji
8.00mlm: Kerja Rumah/Rehat
8.40pm : Solat Isyak/Solat Terawih*/Zikir & Mengaji
10.30pm: Tidur

"Ya Allah, Ya Affu Ya Rauf, Kau ampunilah segala dosa-dosaku dan Kau permudahkan segala urusanku, dan hanya kepadaMu aku serahkan segala urusanku kembali".

* Solat Tarawih di rumah aje berjamaah dengan puteri bongsu. Yang lelaki pergi ke surau/masjid.

rukun Islam yang lima

rukun Islam yang lima


selalu saya kena ulang untuk anak anak.....


saya panjangkan dari blog prof kamil...


http://muhdkamil.org/blog/2010/08/08/ziarah-dan-ceramah/


Mari kita berfikir tentang rukun Islam yang lima,

Pertama, mengucap dua kalimah syahadah. Ia pengakuan tentang Tuhan yang satu, Tuhan yang esa, Tuhan yang Maha Berkuasa, Tuhan yang kita sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya. Pengakuan ini perlu ada pada setiap detik dan saat.

Kedua, solat. Ia perlu dilakukan setiap hari, lima waktu sehari semalam.

Ketiga, berpuasa di bulan Ramadhan. Ia perlu dilakukan sebulan dalam setahun tetapi setiap tahun.

Keempat, membayar zakat. Ia perlu dilakukan sekali setahun mengikut jenis-jenis zakat yang wajib dibayar.

Kelima, menunaikan fardhu haji. Ia hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup.

Itulah salah satu yang saya sebut sebagai perbincangan di pagi hari. Lihatlah bagaimana indahnya susunan rukun Islam yang lima. Apakah rahsia di sebaliknya?

Ia memakan masa dua jam untuk diterangkan melalui pandangan insan biasa. Namun yang pasti, itulah yang akan saya jaga sampai ke mati!



===


komen dari ahli




Selama dua jam kita bersama saya rasa seperti 10 min. Banyak ceramah Prof yang memberi menafaat dan iktibar lebih lagi perkataan yang tak lupa, satu dalam seribu yang kita cari, tanpa dihisab dan doakan kami semuga ditetapkan iman,mengikut jejak langkah Prof terima kasih.

Related Posts with Thumbnails