Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau
berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah,
engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas
kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau
hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya
adalah sedekah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
..
Hajiku 1435H / 2014, Insya-Allah
10 years ago
No comments:
Post a Comment