a

Thursday, 6 May 2010

manusia sibuk se sibuk nya

source



Perhatikan arah kehidupan yang telah kita lalui.

Ketika remaja, kita sibuk bersekolah, belajar untuk menjadi manusia pandai dan melayan dunia fantasi yang sentiasa complicated. Bila bekerja, kita disibuk pula kerana mengejar kerjaya. Saya mahu bergelar “profesor madya” atau meningkat lagi sehingga bergelar “profesor”.

Si-isteri sibuk pula dengan kelahiran anak-anak, satu persatu walaupun tidak sekerap arwah ibu dan mak-mak saudara yang lain. Kemudian kita terus sibuk dengan anak-anak yang kian membesar.

Alih-alih umur kian hampir mencecah 50!

Hakikat sebenar, di mana kelapangan masa manusia? Manusia sentiasa sibuk. Sibuk sesibuknya. Dan Allah telah bersumpah dengan masa,

Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

Saya cuba memberi sedikit pandangan.

Bagaimana kalau kita mengaturkan kehidupan yang sibuk itu dengan sedikit idea ringkas terutamanya dalam konteks pengurusan malam.

Apa kata kalau kita untukkan masa antara pukul 7.15 hingga 9.00 malam untuk solat berjemaah di masjid, maghrib dan Isya. Mungkin jika rumah berhampiran dengan masjid, kita boleh pulang di antaranya untuk makan malam bersama keluarga … mungkin… mungkin sahaja!

Jika orang mengajak kita menghirup teh di warung, katakanlah…. Ya Allah aku tidak mempunyai kelapangan masa… tidak pula suasana yang terbalik, tidak berkelapangan ke masjid kerana bersosial di kelab!

Bagaimana pula kalau kita untukkan masa di antara jam 4.00 sehingga 6.30 pagi untuk solat malan dan berterusan sehingga ke masjid untuk menunaikan solat subuh…

Alahai… masa tidurku terbatas!

Awalkan masa tidur – misalnya pada pukul 11 malam – jika itu punca masalah.

Opps… akhirnya kita tidak mempunyai banyak masa di sebelah malam. Benar kita tiada kelapangan masa tetapi masa yang – dikatakan semakin sempit – akan terbuka seluas-luasnya.

Ia tiada bukti empirikal!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails