a

Thursday, 17 June 2010

kisah teladan : Guru ke Makkah hasil jual tebu

source


http://kelasiqra.tripod.com/kisahteladan2.html



SEORANG guru di utara tanah air sudah lama bercita-cita untuk menunaikan ibadat haji. Dia berusia 45 tahun. Bagaimanapun, dia mempunyai lapan anak yang masih belajar dan isteri yang tidak bekerja. Selain itu, dia turut menjaga seorang ibu yang sudah tua. Guru sekolah rendah ini boleh dikatakan ‘kaki masjid’.

Walaupun hajatnya besar tetapi kerana ada halangan kewangan, dia belum mampu ke Makkah. Guru itu selalu mencari idea untuk menambah pendapatan tambahan, tanpa mengabaikan tugasnya sebagai guru yang dedikasi di sekolah.

Suatu hari sekembalinya dari sekolah, dia singgah di sebuah warung menjual air tebu. Penjual itu menegurnya sebagai seorang haji kerana memakai serban tanpa topi keledar. Bagaimanapun guru itu menjelaskan, dia belum ke Makkah kerana simpanannya belum cukup, walaupun keinginannya cukup besar.

Ketika berbual-bual, penjual air tebu itu memberi idea padanya dengan berkata: “Saya rasa cikgu ada tanah. Saya tengok tanah cikgu itu terbiar dan dipenuhi pokok yang tidak berguna, apa kata jika cikgu menukarkan menjadi kebun tebu.”

Penjual itu berkata lagi, kos menanam tebu murah. Upah membajak hanya RM300 sehari, dua tiga ratus lagi dibelanjakan untuk membuat pagar. Setiap musim hanya lapan bulan dan penjual itu menawarkan benih tebu secara percuma.

Cikgu itu mengangguk tanda setuju. Apabila pulang ke rumah, dia asyik memikirkan hal itu. Tidur malamnya tidak seperti biasa apabila mengingatkan cadangan penjual tebu tadi.

Keesokannya dia menceritakan hasrat untuk menanam tebu di tanah terbiar seluas tiga ekar tidak jauh dari rumah mereka. Isteri dan anak-anaknya menyokong. Akhirnya mereka bergotong-royong membuat pagar dan mengupah seseorang untuk membajak tanah dan menggali lubang.

Selepas menanam dan menunggu lapan bulan, akhirnya usaha dengan tulang empat kerat membuahkan hasil. Dia berjaya mengutip 10,000 batang tebu. Dengan menjual terus kepada peraih pada harga 80 sen sebatang, setiap musim dia mengutip RM8,000. Dalam setahun (dua musim) dia mampu menyimpan RM15,000. Selepas dua tahun, dia dan isterinya mampu menunaikan ibadat haji.

Sekembalinya dari Makkah, rezekinya bertambah murah dan kerana dedikasinya ketika mengajar beliau dinaikkan pangkat menjadi guru penolong kanan. Itulah berkat bekerja sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails