a

Wednesday, 1 September 2010

more on pada 10 terakhir di bulan Ramadhan s

more on pada 10 terakhir di bulan Ramadhan s


more from this source




Hukum Iktikaf

Para ulama muktabar bersepakat mengatakan Iktikaf 10 hari terakhir ramadhan adalah sunat muakkat ( dituntut ) kerana meneladani hadis-hadis nabi berkaitan dan menjejaki Lailatul Qadar manakalah Iktikaf nazar adalah wajid dan iktikaf di hari lain adalah istihbab sahaja. Iktikaf 10 terakhir ramadhan ini amat dituntut dengan mencari keredhaan Allah dan menghindari diri dari azab api neraka seperti hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Abas r.a dengan nabi bersabda

" Dan barangsiapa yang beriktikaf satu hari kerana menuntut redha Allah , nescaya Allah jadikan di antaranya dan diantara api neraka berjauhan tiga buah parit di mana jarak di antara tiap-tiap buah parit lebih jauh jarak di antara dua mata angin " At-Tabrani dan Hakim

Seperti juga Ramadhan sebagai bulan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t di antara 11 bulan yang lain, ia juga sebagai bulan ujian bagi umat Islam. Iktikaf 10 hari terakhir ini juga merupakan ujian sepuluh hari dari 30 hari ramadhan dengan terdapat di dalamnya malam Lailatul Qadar dan merupakan tahap ujian tertinggi di kalangan mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi, amat rugilah bagi sesiapa yang mengabaikan iktikaf ini seperti mana mereka yang mengabaikan bulan ramadhan itu sendiri. Selain sebagai ujian tahap tertinggi di bulan ramadhan, iktikaf juga mendidik umat dengan membina segala kekuatan untuk
menempuh hidup mendatang dengan menghindar diri dari kesibukan dunia, anak dan isteri.



Antara rukun iktikaf ialah

1. Berdiam diri di dalam masjid sekurang-kurangnya sekadar tukma'ninah di dalam rukuk dan tidak keluar darinya atas sebab-sebab yang diharuskan syarak

2. Niat permulaan iktikaf dan pembaharuannya semula dengan niat
" Sahaja aku beriktikaf sepuluh akhir ramadhan kerana Allah s.w.t

3. Orang yang beriktikaf memenuhi syarat Islam, berakal, bersih dari haid dan nifas dan junub serta mendapat izin dari suaminya ( Al-Baihaqi )

4. Masjid tempat beriktikaf

Antara amalan yang dilakukan semasa iktikaf ialah

1. Solat sunat tahiyatul masjid / solat sunat wudhuk
2. Solat sunat hajat ( bertemu lailatu qadar )
3. Solat sunat tasbih
4. Solat sunat tahajud
5. Zikir
6. Tadarus Al-Quran
7. Doa

Tetapi secara umumnya nabi s.a.w melebihkan ibadah di kala iktikaf dengan seharian yang lain. Seperti hadis nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r. a bermaksud

" Adalah Rasulullah s.a.w pabila masuk 10 terakhir bulan ramadhan, bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah dengan meninggalkan tidur dengan isteri dan Rasullulah menghidupkan malam dengan membangunkan isteri-isteri supaya bangun beribadah bersama-samanya " ( Sahih Bukhari dan Muslim )

Di dalam kitab Al-Majmu' berkata " Adalah sangat baik bagi orang yang beriktikaf memenuhi masanya dengan amalan-amalan seperti solat tasbih, solat sunat yang lain, bertilawah, zikir, belajar dan mengajar serta membaca kitab-kitab agama "

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails