a

Wednesday 29 September 2010

zikir dan wirid selepas solat (Sembahyang)

Zikir / Wirid / Doa Lepas Solat (Sembahyang)



Zikir / Wirid / Doa Lepas Solat (Sembahyang)

Nabi hanya mengajarkan zikir dan wirid selepas solat .
http://www.scribd.com/doc/11388736/Zi...

Adapun cara berdoa, hadis-hadis yang sahih menerangkan Nabi berdoa ketika dalam solat:

Disyariatkan bagi seorang mukmin untuk berdoa semasa solat sebagaimana disunnahkan untuk berdoa sama ada ketika solat fardu atau solat sunnah.

Nabi telah menunjukkan contoh cara berdoa dalam solat iaitu:
- ketika sujud
- duduk di antara dua sujud
- selepas tasyahud dan selawat atas Nabi Shallallahu alaihi wa sallam sebelum salam.


Telah diriwayatkan pula bahawa beliau berdoa ketika duduk di antara dua sujud: 'Allahummagfilii, warhamnii, wahdinii, wajburnii, warzuqnii, wa'aafinii' ertinya:
"Ya Allah ampunilah aku, rahmatillah aku, berilah hidayah kepadaku, cukupilah aku, berilah rezeki kepadaku dan maafkanlah aku"

Nabi Shallallahu "alaihi wa sallam juga bersabda:
"Adapun rukuk maka agungkanlah Rabb-mu, sedangkan ketika sujud bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, niscaya segera dikabulkan untuk kalian" (H/R Muslim)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Jarak paling dekat antara seorang hamba dengan Rabb-nya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah doa (ketika itu)" (H/R Muslim)

Dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika mengajarkan tasyahud kepadanya berkata: "Kemudian hendaknya seseorang memilih permintaan yang dia kehendaki"

Dalam lafaz yang lain: "Kemudian pilihlah doa yang paling disukai lalu berdoa" (H/R Sahihain)


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails