a

Sunday, 5 December 2010

Kemudian apabila engkau telah selesai , maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha, Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amalan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amalan lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon. – Surah As-Syarh 7,8


Ash-Sharh

Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)



Ash-Sharh
And have We not raised high your fame? (4) Verily, along with every hardship is relief, (5) Verily, along with hardship is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs) (6) So when you have finished (your occupation), devote yourself for Allâh's worship. (7) And to your Lord (Alone) turn (all your) intentions and hopes. (8)





http://www.asraffayob.com/dunia-hafazan-al-quran/saya-nak-start-menghafaz-ramadhan-ni-tapi-sibuk-sangatlah-ustaz/




ALASAN KETIGA : SUKAR MENGHAFAZ KERANA FAKTOR UMUR.

Disebabkan seminar Kaedah Jibril banyak dihadiri golongan dewasa dan berusia, maka alasan ini termasuk dalam kategori sebab paling popular dikemukakan. Selalunya ia datang dari peserta berusia 50 tahun ke atas, dan kerana itulah, saya bersiap sedia dengan jawapan yang sesuai dengan tingkat umur tersebut.

’Ustaz, makcik rasa otak ni slow lah, sebab umur makcik sekarang dah nak dekat pencen dah…’ celah seorang makcik ketika saya menerangkan kadar hafazan Kaedah Jibril.

’Tapi makcik, walaupun usia dah nak dekat pencen, otak kita tak pernah pencen…. lagipun, usia emas seperti makciklah usia paling sesuai mula menghafaz, sebab Rasulullah pun mula menghafaz ketika berumur 40 tahun, dan selesai ketika usia lebih dari pencen – 63 tahun! Kalau start hafaz sekarang, makcik dapat pahala ikut sunnah!’

Saya menjawabnya dengan senyuman. Makcik itu pun tersenyum lebar.

Memang benar, perkataan ’pencen’ tidak pernah dikenali oleh otak kita. Prestasinya akan menurun jika kita kurang menggunakannya, tetapi jika anda selalu menghafaz, prestasinya semakin bertambah. Lagipun saya percaya, setiap perilaku Rasulullah boleh kita jadikan ’Qudwah Hasanah – contoh terbaik’ termasuklah usia nabi menghafaz Al-Quran. Bagi Rasulullah, tiada istilah ’usia subsidi’ ’usia pencen’ atau ’usia R.T.M – rehat, tidur, makan’ kerana Al-Quran mengajar kita berusaha tanpa henti sampailah nyawa bercerai dari badan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amalan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amalan lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon. – Surah As-Syarh 7,8

Saya pernah berpeluang mengajar kelas menghafaz Al Quran untuk dewasa. Salah seorang pesertanya, seorang wanita yang agak berumur merupakan antara peserta tertua kelas ini. Berdasarkan pencapaian hafazannya yang agak sederhana, persepsi awal saya mengagak beliau tidak akan bertahan lama. Setelah 4 bulan berlalu, ternyata anggapan saya tersebut sangat meleset! Beliau merupakan peserta yang paling hebat dan kuat hafazannya sehinggakan saya mengagak tentu beliau memiliki teknik lain yang tidak dikongsi bersama saya.

6 bulan kemudian, kelas tersebut terpaksa ditamatkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sejak itu saya tidak menemui makcik itu lagi. Tetapi setahun kemudian, beliau menelefon saya untuk bertanya surah lain yang perlu dihafaz. Alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati beliau masih mengekalkan ingatan 10 surah hafazannya selama ini. Menarik bukan! Dan sebagai tambahan, umurnya sudah menjangkau 68 tahun!

Moral cerita ini ialah : tiada istilah pencen dalam menghafaz Al-Quran.



source


http://www.asraffayob.com/dunia-hafazan-al-quran/saya-nak-start-menghafaz-ramadhan-ni-tapi-sibuk-sangatlah-ustaz/

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails