a

Tuesday, 9 September 2014

JOM belajar TAJWEED - MAD ASLI

source

http://www.shukom.com/buku.tajwid.html

http://www.shukom.com/hukum.mad.asli.html






http://tajwidsensei.blogspot.com/2012/09/hukum-mad-mad-asli-mutlaq.html

http://senangbelajartajwid.wordpress.com/








Huruf =          Terdiri daripada 3 huruf iaitu :
ي
و
ا
Makna =          Memanjangkan suara pada huruf-huruf mad dengan kadar 2 hingga 6 harakah
i.       Alif ( ا ) sebelumnya huruf berbaris di atas    =   قال
ii.      Wau ( و ) sebelumnya huruf berbaris di hadapan   =   يقول
iii.      Ya’ ( ي ) sebelumnya huruf berbaris di bawah    =    قيل
Bahagian         = Bagi Mad terdapat 2 jenis hukum iaitu :
  1. Mad Asli (Tabi’i)
  2. Mad Far’i
1.       MAD ASLI (TABI’I)
Makna =          Tidak ada huruf Hamzah (  ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Hukum =          Kadar bacaannya ialah 2 harakah
Makna =          Tidak ada huruf Hamzah (  ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Terdapat 3 Keadaan Mad Asli, iaitu :
  1. Wakaf Dan Wasal
  2. Wasal
  3. Wakaf
1.1       Mad Asli : Wakaf dan Washal
Huruf Mad tetap ada ketika washal atau wakaf samada :
i.    Huruf Mad itu terletak di tengah
ii.   Huruf Mad terletak di akhir
1.2       Mad Asli :  Washal (Shilah Shugra)
Mad Asli juga terjadi pada Washal (dan hilang ketika wakaf) –    pada Shilah Shughra, iaitu :
i.      Huruf Wau Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Dhammah
-    Untuk Ha Dhamir disambung dengan Wau,
disyaratkan agar huruf itu harus terdapat di antara 2 huruf yang berharakat
ii.      Huruf Ya Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Kasrah.
-    Untuk Ha Dhamir disambung dengan Ya,
disyaratkan agar huruf itu harus terdapat di antara 2 huruf yang berharakat
1.3       Mad Asli: Pada Wakaf
Mad Asli juga terjadi pada huruf Mad yang ada ketika Wakaf (dan hilang ketika Washal, iaitu jika disambung dengan kalimah sesudahnya). Hal ini terjadi pada huruf Alif Pengganti Tanwin (fathatain).
2.         MAD FAR’I
Makna =          Mad yang dibaca lebih daripada kadar Mad Asli disebabkan terdapat huruf Hamzah (  ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Hukum =          Kadar bacaannya / harakah adalah mengikut jenis Mad
Bahagian = Mad Far’i terbahagi kepada 14 bahagian:
  1. Mad Wajib Muttasil
  2. Mad Jaiz Munfasil
  3. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
  4. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
  5. Mad Lazim Harfi Muthaqqal
  6. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
  7. Mad Silah Qasirah
  8. Mad Silah Towilah
  9. Mad Arid Lissukun
  10. Mad Iwad
  11. Mad Lin
  12. Mad Tamkin
  13. Mad Badal
  14. Mad Farq
2.1       Mad Wajib Muttasil
Makna =          Muttasil bermaksud Sambung Apabila huruf Mad bertemu Hamzah dalam 1 kalimah
Hukum =          Panjang bacaan adalah 4 atau 5 harakah. Ketika berhenti dibaca 6 harakah.
Contoh =          (Ar-Ra’du : 21)
2.2 Mad Jaiz Munfasil
Makna =          Munfasil bermaksud Berasingan Apabila huruf Mad bertemu Hamzah dalam 2 kalimah
Hukum =          Panjang bacaan adalah 4 atau 5 harakah. Harus dibaca secara pendek dengan kadar 2 harakah.
Contoh =          (Al-Anfal : 72)
Termasuk Mad Jaiz Munfashil ialah Shilah Kubra, iaitu bila:
i.      Wau Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Dhammah bertemu dengan Hamzah pada 2 kalimah
ii.     Ya Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Kasrah bertemu dengan Hamzah pada 2 kalimah
*  Cara bacaannya adalah sama dengan Mad Shilah ketika Washal, sedangkan ketika Wakaf tidak dibaca panjang.
2.3 Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
Makna =          Apabila huruf Mad bertemu huruf bersabdu dalam 1 kalimah
Hukum          = Kadar bacaan adalah 6 harakah
Contoh =          (Ali-Imran : 61)
2.4       Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Makna =          Apabila huruf mad bertemu huruf sukun dalam 1 kalimah
Hukum          = Wajib dibaca 6 harakah
Nota : Hanya terdapat pada 2 tempat di dalam Al-Quran
  1. i. (Yunus : 51)
  2. ii. (Yunus : 91)
2.5       Mad Lazim Harfi Muthaqqal
Makna =          Huruf Mad bertemu dengan Mati Asli pada salah satu huruf Hijaiah yang bersabdu dan berada di permulaan surah
Huruf =          Huruf Mad ini ada 8 iaitu : Nun, Qaf, Sad, ‘Ain, Sim, Lam, Kaf, Mim
Hukum          = Wajib dibaca secara 6 harakah
2.6       Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
Makna =          Huruf Mad bertemu dengan Mati Aslipada salah satu huruf Hijaiah yang tidak bersabdu dan berada di permulaan surah
Huruf =          Huruf Mad ini ada 5 iaitu : Ha, Ya’ , Tho, Ha’, Ra
Hukum          = Panjang bacaannya adalah 2 harakah
2.7 Mad Silah Qasirah
Makna =          Apabila huruf “Ha Dhomir” bertemu dengan huruf selain Hamzah dalam 2 kalimah. Biasanya Mad ini dilambangkan dengan baris Fathah tegak, Kasroh tegak, atau Dhommah terbalik pada huruf “Ha Dhomir”. Syarat yang harus ada dalam Mad ini adalah huruf sebelum dan selepas “Ha Dhomir” harus berbaris hidup dan bukan  mati/sukun.
Hukum =          Kadar bacaan adalah 2 harakah
2.8       Mad Silah Towilah
Makna =          Apabila huruf “Ha Dhomir” bertemu dengan huruf Hamzah dalam 2 kalimah. Syarat yang harus ada dalam Mad ini adalah huruf sebelum dan selepas “Ha Dhomir” harus berbaris hidup dan bukan mati/sukun. 
Hukum =          Kadar bacaan adalah 4 atau 5 harakah
2.9       Mad Aridh Lissukun  
Makna =          Apabila Huruf Mad bertemu huruf hidup dalam 1 kalimah dan bacaan diwaqafkan (berhenti). Dinamakan Aridh karena Mad Asli yang terdapat di akhir ayat dibaca sukun karena wakaf. Jika di washal, hukumnay kembali seperti Mad Asli.
Hukum          = Harus dibaca dalam 3 keadaan : 2, 4 atau 6 harakah
Contoh =          (Al-Fajr : 6)
2.10    Mad Iwad
Makna =          Mad yang terjadi apabila pada akhir kalimah terdapat huruf yang berbaris fathatain dan dibaca waqaf.
Hukum          = Panjang bacaannya adalah 2 harakah
2.11    Mad Lin
Makna =          Apabila huruf berbaris di atas bertemu huruf و atau ي bertanda sukun, huruf selepasnya dibaca sukun kerana waqaf. Dinamakan Mad Lin kerana pengucapannya lembut  dan mudah. 
Hukum          = Panjang bacaan adalah 2, 4 atau 6 harakah
2.12    Mad Tamkin
Makna =          Apabila terdapat dua huruf Ya’ dalam 1 kalimah di mana Ya’ pertama berbaris di bawah dan  bersabdu dan Ya’ kedua sukun
Hukum          = Panjang bacannya ialah 2, 4 dan 6 harakah
2.13    Mad Badal
Makna =          Apabila bertemu 2 Hamzah di dalam 1 kalimah, di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Mati. Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan.
  1. Jika Hamzah pertama berbaris di atas, Hamzah kedua ditukar menjadi Alif asalnya .
  2. Jika Hamzah pertama berbaris di bawah, Hamzah kedua ditukar menjadi Ya’ asalnya .
  3. Jika Hamzah pertama berbaris di hadapan, Hamzah kedua ditukar menjadi Waw  asalnya .
Hukum =          Kadar bacaannya adalah 2 harakah

2.14    Mad Farq
Makna =          Apabila Mad Badal bertemu dengan huruf yang bertasydid sabdu dan untuk membezakan antara kalimat istifham (pertanyaan) dengan sebutan/berita.
Hukum = Panjang bacannya ialah 6 harakah

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails