Nahu dan Saraf bahasa Arab adalah dua aspek penting yang perlu diberi perhatian
oleh para pendakwah dan petugas hal ehwal agama Islam. Kepentingan memiliki
pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua aspek tersebut akan menghasilkan
keberkesanan dalam usaha menyampaikan ajaran agama Islam yang murni.
Keindahan bahasa Arab dapat dinilai dari penyuaraan bahasa tersebut sehingga ke
aspek nahu dan saraf serta kepadanan sebutan dengan maknanya. Kegagalan
menyuarakan bunyi yang jelas, menampilkan nahu yang salah, membentuk kata
yang tidak menunjukkan kehendak makna yang sebenar akan mencacatkan
keindahan bahasa Arab. Lantaran itu, bahasa Arab akan didengari tanpa rasa
kagum dan dihormati. Keadaan ini akan meyumbang ke arah menggagalkan
usaha-usaha penyampaian ajaran Islam.
Aspek nahu dan saraf perlu diberi perhatian kerana ia akan menjadi panduan
kepada para petugas agama dalam menyampaikan ucapan yang melibatkan
penggunaan bahasa Arab. Biasanya para petugas agama akan memulakan ucapan,
ceramah atau berkhutbah dengan puji-pujian yang diungkapkan dalam bahasa
Arab. Pembukaan kata yang menarik dengan kaedah bahasa yang betul akan 48
menonjolkan kehebatan individu tersebut. Keadaan sebaliknya akan
memperlihatkan kegagalan individu tersebut menghayati kaedah bahasa Arab
dengan baik. Ucapan ﻠﹼﻪﻟ ﺪﻤﺍﹶﻟﹾﺤ boleh di tampilkan dalam bentuk ﺍﷲ ﺪﻤﺃﹶﺣَ atau ﺪﻤﺤﻧ
ﷲ sekiranya kaedah saraf dan nahu dipraktikkan mengikut panduan yang betul
dan ini akan memperlihatkan kepelbagaian pembuka kata yang menarik perhatian
para pendengar.
more .............
No comments:
Post a Comment