rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Rabu 7 Julai 2010:
from
Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Rabu 7 Julai 2010:
* Allah menjadikan manusia dengan potensi yang sama – semua boleh menjadi hebat. Iaitu apa yang dinamakan sebagai fitrah.
* Manusia sudah terbiasa hidup bergantung kepada bantuan manusia lain bermula daripada detik kelahiran hingga ke kematian. Kebiasaan ini jika tidak diurus tadbir dengan baik akan memberikan kesan yang tidak baik kepada potensi diri apabila kita terlalu terikat dengan bantuan orang lain.
* Justeru kehebatan manusia adalah bermula dengan pembebasan diri.
* Meminjam kata-kata Stephen Covey di dalam The 7 Habits: Manusia tidak boleh berperanan (efektif) selagi mana dia itu seorang yang DEPENDENT.
* DEPENDENT: Terikat atau tertakluk dengan banyak faktor luaran yang mengongkong diri – terikat dengan keadaan trafik, cuaca, fesyen, makanan, suami, isteri… Misalnya, seorang suami tidak boleh menjadi baik dengan alasan isterinya tidak baik. Atau seorang pemandu tidak boleh berhenti mencarut dan beralih kepada zikir kerana jalanraya yang terlalu sesak. Mood tidak baik kerana cuaca mendung. Keadaan seperti ini tidak memungkinkan seseorang itu menjadi efektif dalam kehidupan kerana dia tidak mempunyai kawalan ke atas diri sendiri sebaliknya dikawal oleh faktor-faktor itu tadi.
* Mesti bebaskan diri menjadi manusia yang INDEPENDENT.
* Apabila kita bebas barulah kita menjadi Master of Your Own Destiny.
* Benarkah begitu?
* Kebebasan itu boleh membinasakan. Cuba julang sebuah buku ke udara dan lepaskan ia dari pegangan. Atau layang-layang terputus tali.
* Oleh itu, kebebasan mesti ada tempat berpegang untuk memegang dan dipegang
* Kebebasan mesti dipimpin oleh prinsip. Guided by principles.
* Islam memberikan acuan yang sama malah lebih sempurna.
Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat? [Al-Furqan 25: 43]
* Ayat berkenaan menceritakan ada manusia hidup sebagai mangsa jajahan, bukan dijajah oleh Kuasa Asing tetapi dijajah oleh Hawa Nafsunya sendiri apabila tidak mempunyai kawalan ke atas diri dan sentiasa mengikut kehendak Nafsu. Misalnya, terpaksa makan kerana ada makanan.
* Inilah rahsia dan peranan besar Shahadah kita. Ungkapan (لا إله) – bermaksud membebaskan diri daripada dipertuhankan oleh hawa nafsu, oleh fesyen, malah oleh suami, isteri, majikan atau cuaca. Kita bebas menentukan pilihan tindakan.
* Namun kebebasan itu dipimpin dan ditunjang oleh prinsip yang datang pada bahagian berikutnya (إلا الله)
* Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang menjadi keutamaan tertinggi hidup kita, justeru mentunjangi kebebasan dan pilihan dalam hidup ini.
* Selamat membebaskan diri, dan memaksikan kebebasan itu pada sebuah pendirian yang berIlahkan Allah!
Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.
Hajiku 1435H / 2014, Insya-Allah
10 years ago
No comments:
Post a Comment