a

Sunday, 24 October 2010

Listen to Al Quran QS Asy Syams 91:8




QS Asy Syams 91:8


“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya. (QS Asy Syams 91:8).”

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketakwaannya, (8)

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8)


===

source



Persepsi ke atas orang lain
Jika wujud persepsi buruk ke atas seseorang oleh dirimu, ketahuilah kamu akan terkurung di dalam kesempitan jiwa.

Selagi mana kamu tidak membuangkan persepsimu itu, kamu terus akan dihimpit.

Lalu pasti akan wujud pula fitnah dari mulutmu kepada seseorang itu. Kamu akan bertambah sempit apabila fitnah mula berjalar tanpa mampu disekat.

Ketika kita dengki, kita tahu kita dengki, Ketika kita benci, kita tahu kita benci.

Ketika kita cinta, kita tahu kita cinta. Ketika kita khusyuk, kita tahu kita khusyuk. Ketika kita melakukan fitnah, kita tahu kita melakukan sesuatu yang buruk. Ketika kita marah, kita tahu kita sedang marah.

Ketika kita sedih, kita tahu kita sedang sedih. Ketika kita malas, kita tahu kita sedang malas.

Semua orang tahu keadaan dirinya. Namun kita tidak mampu mencabut semua rasa-rasa fujur dalam diri kita walaupun kita puas berusaha kerana ia tetap dikehendaki oleh Yang Maha Mengkehendaki untuk terus memberi kita ilham fujur.

Ketika Allah SWT memberikan ilham fujur pada kita, tiada seorang pun yang mampu menahannya. WALAUPUN KITA TAHU KITA SEDANG DILANDA DENGAN FUJUR.

“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya. (QS Asy Syams 91:8).”



to read more... go to the source of this article at :


http://www.fuadlatip.com/v1/2010/10/persepsi-itu-fitnah/






...



Penyelesaiannya
Lalu, jangan sombong dengan Allah sehingga kamu membiarkan fujur kamu itu menyempit dan terus menyempitkan dirimu.

Apabila wujud persepsi dalam diri, cepat-cepatlah datang ke Allah. Kerana kamu tahu dirimu sedang sakit… sempit. Apa yang dirasai olehmu, pasti dirimu tahu. Lalu pasrahkan dengan sebenar-benarnya dirimu padaNya. InshaAllah, akan dicabut oleh Allah SWT persepsi itu. Kamu akan mula tenang. Fitnah terhapus. Sempit lenyap.

Tinggalkan kesedaran wilayah jasadmu. Angkatlah sehingga ke kesedaran tertinggi.

Di wilayah tertinggi ini, dirimu terlepas daripada persepsi. Jiwamu pasti tenang. Kerana dirimu terlepas daripada fikiran dan emosi. Yang ada hanya Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Kamu tidak akan terhimpit lagi kerana yang ada dalam dirimu hanyalah kasih sayang daripadaNya. Kamu pasti tersenyum bahagia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails