a

Friday, 19 February 2010

SURAH AL-KAHFI : 46

HARTA DAN ANAK-ANAK CUBAAN HIDUP
SURAH AL-KAHFI : 46



“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan
amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu
sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi
harapan.”


HURAIAN

Telah menjadi fitrah dan naluri manusia menjadikan harta dan anak-anak
sebagai kebanggaan dan keseronokaan hidup. Mereka yang berharta dan
mempunyai anak yang ramai akan merasa puas dengan kurniaan Allah S.W.T ini.


Anak-anak akan menjadi tonggak harapan masa depan dengan
bimbingan dan pendidikan sempurna dari ibu bapa.

Walaupun demikian, manusia diingatkan supaya jangan lalai dan leka
dengan keseronokan dan keselesaan hidup ini kerana semuanya adalah
sementara dan pinjaman sahaja. Apabila telah sampai masa dan ketikanya
semua ini akan ditinggalkan kepada yang masih hidup. Yang kekal dan
abadi hanyalah amalan kebajikan yag baik ketika hidup dan amal ibadat
kepada Allah S.W.T.

Semua inilah akan dikira di sisi Allah dan diberikan sebaik-baik
balasan dan pahala.


KESIMPULAN

Semua harta dan anak-anak adalah dianggap sebagai perhiasan semasa hidup
di dunia ini. Namun, manusia diingatkan bahawa semua ini akan ditinggalkan.

Amal dan Ibadah sahaja yang akan dibawa bersama ketika bertemu
Allah S.W.T. Di samping keseronokan dunia yang dikecapi, janganlah lupa
melaksanakan suruhan-suruhan Allah S.W.T.



Sumber : Koleksi Artikel Tafsir JAKIM
© 2009 Masjid Negara Online.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails