a

Saturday, 24 July 2010

Surah An-Nasyrah:5-6

source dari


dah termaktub dalam Surah An-Nasyrah:5-6

5. Verily, along with every hardship is relief
6. Verily, along with every hardship is relief.

Bila berada dalam sesuatu ujian tu memang susah nak fikirkan samada, Akan hadirkah Sinar di Hujung Jalan nanti??? :) I've went thro them. Bukan nak kata sekarang kita dah pandai tawakkal pada Allah. Tapi, bila di ingatkan insyaAllah, kembali padaNya.... Tawakkal padaNya..... Du'a padaNya.... Kadang kita mengaku kita ni hambaNya, tapi kadang2, kita tak lari dari kealpaan. Minta tolong pada manusia sedangkan yang mendatangkan kebaikan atau kesusahan adalah Allah, Tuhan Pencipta Semesta Alam! :) Lepas ni ngadu pada Allah dulu tau!!! (Ingatan ni untuk diri sendiri! :) )

Semalam, tetiba terfikir, suatu perkara yang pernah berlaku dulu. Memang rasa bende tu rasa terlalu berat hendak ditanggung! Yelah, ujian... memang la terasa kesakitannya. :) Bila sakit hati, tak tahu sakit dia kat mana. Nak buat dressing pun tak boleh walaupun hati sakit parah! ;) Nak makan ubat pun, takkan nak makan ubat psych kot??? :) So ubatnya??? Tenangkan hati dengan zikrullah.... :)

Sambung citer semalam... So, bila ingatkan balik apa yang telah berlaku... memang terdapat hikmah yang terbesar di sebalik ujian tersebut. Memang masa tu susah nak terima hakikat penderitaan hati. Tapi, semalam, Allah telah menyingkap hikmah di sebalik ujian tersebut! Allah Maha Mengetahui. :) Alhamdulillah. Walaupun derita yang terpaksa diharungi, tapi Alhamdulillah, natijahnya SubhanalLah.... mendapat manfaat dariNya. Teringat kata2 seorang sahabat, "Allah yang mendatangkan sesuatu kepada kita, walaupun terasa susah dan perit, tapi dengan kuasa Allah, Allah yang akan menyelesaikannya untuk kita." :) Allah telah memberikan yang terbaik melalui kejadian dulu..... :) Alhamdulillah. Aku bersyukur. :)

Buat sahabat2 yang sedang mengalami apa yang kita pernah lalui... kita d'uakan....

Semuga dia tabah menghadapi ujian2 yang terpaksa di lalui buat masa ini.
Semuga Allah memberi kekuatan ke dalam hatinya.
Semuga dia tidak putus asa dengan taqdir yang telah ditetapkan ke atasnya.
Semuga dia yakin, Allah tidak menguji seseorang kerana sia2.
Smeuga dia yakin, ada hikmah di sebalik ujian yang terpaksa dia lalui sorang2.
Semuga dia yakin, pasti ada Sinar di Hujung Jalan.

Ameen.

Wallahua'lam. Sekadar meluah rasa dalam blog comel ni! :) Bila dia nak tukar cat ntah la. hehe. Semalam pun dok baca buku La Tahzaan, Jangan Bersedih. Semangat pulak nak tulis dalam blog. :) Allah knows us best! Take care everybody! Jangan putus asa dengan Allah! :)

1 comment:

  1. Thanks for sharing such a nice words.
    http://news.mobile-phone.pk/online-renewal-of-passport-in-16-minutes/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails