a

Tuesday, 26 July 2011

Dalil Al-Quran tentang Padang Mahsyar

Dalil Al-Quran tentang Padang Mahsyar








Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nazi'at:
“ Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), (6)

Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); (7)
Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, (8)
Pemandangannya tunduk gerun. (9)
Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? (10)
Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput? (11)
Mereka berkata lagi (secara mengejek: Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan! (12)
(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua); (13)
Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata. (14)

[sunting] Pengelompokkan manusia

Firman Allah s.w.t di dalam Surah an-Naba:
“ Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan, (17)

Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); (18)

[sunting] Keadaaan bersendirian

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Anaam:
“ Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya (94) ”
[sunting] Keadaaan buta

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Taha:
“ Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124) ”
[sunting] Keadaaan kelabu matanya

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Taha:
“ Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. (100)

Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (101)
(Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya. (102)

[sunting] Keadaaan menyeret muka, buta, bisu dan pekak

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Israk:
“ Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: Neraka Jahanam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang. (97) ”
[sunting] Keadaaan duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Maryam:
“ Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam. (68)



http://ms.wikipedia.org/wiki/Padang_Mahsyar

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails