a

Monday, 30 March 2009

Teknik Hafaz Quran


dipetik dari sini

http://cahaya-keinsafan.blogspot.com/2008/11/teknik-hafaz-quran.html


Kali ini ingin ana berkongsi tentang kaedah atau teknik-teknik menghafaz Al-Quran.Sebenarnya banyak teknik yang kita boleh praktikkan dalam usaha untuk menjadi huffaz Al-quran.Teknik yang bakal ana kongsikan ini ana dapat daripada senior ana yang ana cukup kagum atas hafalan dan ingatannya.

Apa Yang Perlu Dibuat Sebelum Menghafal?
1. ambil wuduk walaupun kita hanya mengunakan Quran Tafsir untuk menghafal Quran.
2. sebolehnya menghadap kiblat

Bila Masa Yang Sesuai?

1. Selepas Asar
Waktu ini adalah untuk sahabat-sahabat melihat ayat/surah/juzuk yang ingin sahabat hafalkan.Baca berkali kali sebolehnya lebih dari 3 kali untuk membiasakan diri sahabat dengan ayat yang ingin sahabat hafalkan.Kalau boleh bacaan kali pertama,sahabat dinasihatkan untuk bertalaqqi dengan sesiapa yang mahir dengan Quran.Andai sahabat yakin dengan tajwid dan makhraj huruf yang sahabat baca, terpulanglah hendak bertalaqqi atau tidak.Tetapi membaca Quran tanpa guru ini akan menyebabkan syaitan menjadi guru kita nanti.
2.Selepas Maghrib hingga Isyak
Setelah sahabat mahir dengan ayat yang ingin sahabat hafalkan.Waktu anatra maghrib inilah waktu yang palaing sesuai untuk sahabat menghafal Quran.Kenapa sesuai?.Sebabnya waktu anatara maghrib-isyak lah kalau kita lihat waktu kita menumpukan sepenuhnya pegibadatan kepada Allah.Tak percaya?.Waktu bila ramai orang baca Quran?antara maghrib-isyak ka atau selepasa asar atau selepas zohor.Fikirkan.Selepas isyak bukan lagi masa yang sesuai untuk sahabat menghafal kerana masa ini fikiran sahabat ana yakin sudah tidakk memberikan tumpuan kepada hafalan.sibuk styudy la, tengok drama la apa-apa lagi la.

3.Sebelum/Selepas Subuh
Selepas sahabat berjaya menghafal ketika waktu maghrib-isyak tadi.Masa untuk sahabat mengulang kembali ialah waktu qiamullail atau selepas subuh.Kalau boleh sahabat dinasihatkan untuk tasmi' dihadapan sahabat yang lain kerana jika ada kesalahan.Sahabat kita yang lain itu dapat menegur kesalahan kita.


Ulang dan ulang
Sehari bukanlah tempoh masa yang sahabat boleh berikan untuk meghafal.Ulang bacaan dalam tempoh seminggu untuk memastikan sahabat betul-betul menguasai ayat hafazan tersebut.Dan harus diingatkan,menghafal memang senang,tetapi nak mengekalkan hafazan sangat susah.Jadi laksanakan langkah tersebut:

1.Ulang bacaan 2.Mintak sahabat tebuk(ambik satu ayat dalam ayat hafalan kita,sahat kita akan baca dan kita akan ulang dan sambung.Macam pertandingan hafazan kat tv tu) 3.Tinggalkan maksiat 4.Apa-apa lagi yang boleh menghilangkan daya ingatan tinggalkan

another teknik


Teknik menghafaz Al-Quran

1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan
lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya
sahaja.
2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-
betul lancar.
5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa
melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat
mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat
mushaf.
6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat
mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti
langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari
awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,
melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di
dalam solat.
10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.



1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Ana sedang cari nota berkaitan kaedah-kaedah hafazan,bacaan dan pemahaman dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Klaau ada,boleh tolong terbitkan dan bagi ana tak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails