a

Friday, 3 April 2009

tips hafal lagi

STEP1 : NIAT kerana Allah utk mendekatkan diri kepada-Nya,menunjukkan cinta kepada-Nya,salah satu kaedah utk berhubung dan berkomunikasi dengan-Nya dan bayangkan bila dpt baca yassin utk diberi pada Nabi Muhammad SAW,utk menunjukkan cinta kepada Rasul.......bayangkan kalau dpt baca sebanyak 20 hingga 30kali dlm masa sehari utk baginda..so kalau dah hafal yassin sure boleh baca bila bila masa kan??.....bila dpt hafal yassin ko dpt memaksimumkan time ko,cthnya satu hari confirm habiskan satu jam dlm transportation,pergi dan balik,cthnya pergi ke tempat kerja.......kan bagus kalau gunakan masa yg ada utk dibaca yassin
STEP 2 : tukar lifestyle,perbanyakkan solat berjemaah di surau atau masjid,rajin solat sunat,sentiasa menjauhi larangan Allah dan taat kepada perintah-Nya,lagi satu muzik jgn layanlah kalau nak hafal surah panjang,kalau tidak senang lupa dan menyusahkan proses hafalan,tapi seriuslah lifestyle kena tukarlah kalau tidak mmg susah lah,hati dan brain perlu tenang,kira mmg kena bersihkan dulu hati dan brain terlebih dahulu supaya senang menerima ayat hafalan,baca yassin berjemaah setiap khamis malam jumaat di surau atau masjid yg berdekatan dan rajin bertadarus,kalau nampak org tua baca Quran secara group just join je,solat kena sentiasa jemaah,kalau tak sempat tepuk jelah bahu kanan sapa sapa yg sedang solat…….senang terus jemaah

STEP 3: cara pemikiran kena tukar,minda jgn sibuk memikirkan dgn perkara2 yg remeh temeh,buang masa dan tidak ada kena mengena dgn diri sendiri ataupun perkara yg tidak kena mengena dgn masa depan sendiri,cthnya tentang kerajaan,kehidupan org lain,isu semasa.......tak guna fikir yg takde kena mengena dgn diri sendiri,adalah lebih baik fikir ttg ilmu mengenal Allah,sifat 20 Allah,99 nama Allah,kata2 Allah dlm hadis qudsi....adalah lebih baik memikirkan perkara tersebut...........so lebih baik gunakan minda utk fikir perkara yg ada kena mengena dgn life sendiri di dunia dan
akhirat

STEP 4 : yakin boleh dan mindset positive,jgn fikir tak mampu dan mind set negative...buang semua tuh sifat negative.....................believe in yourself and patience is the key


STEP 5: Mind perlu kosong tanpa ada apa apa urusan dunia,settlekan dulu perkara yg patut ,cthnya sebuah timba penuh dgn air,kalau letak lagi air sure tertumpah....begitu juga dgn minda,kalau dah penuh dgn pelbagai urusan.....kalau letak lagi sure susah nak hafal akibat kerana tidak settle urusan lain dan minda asyik fikirkan urusan lain
STEP 6: Pilih waktu sesuai seperti selepas subuh ke,kalau takleh gak buat lah time maghrib ataupun isyak,janji satu hari satu ayat,kalau satu ayat tuh terlalu panjang,satu hari satu satu baris dah memadai,dan pilih jugak tempat yg sesuai seperti surau ataupun dlm bilik,tapi apapun tempat jgn lah kat tempat yg ada org lain,tempat yg ramai sehingga menghilangkan tumpuan,cuba tgk iklan sunsilk........"dah lama tak pergi perpustakaan"?tanya awek tuh.........."tak dapat tumpukan perhatianlah"kata laki tuh........gara gara saling usha langsung takdapat tumpukan perhatian,kalau dia sorang je sure dpt tumpukan perhatian,so jgn jadi mcm tuh.......sebab saling usha dan tak tumpukan perhatian terus kearah lain iaitu "mirtumse pyar kartihu"…..”aku cinta padamu”……”I love u”…bla bla bla…dan sebagainya ....terus takleh tumpukan perhatian


STEP 7 : selepas ikuti step by step kat atas nih,barulah solat hajat dua rakaat,berdoa supaya berjalan lancar dan senang menerima hafalan,kemudian baca ayatul kursi 3 kali utk mengelak godaan setan,perlu diingat gunakan anugerah Allah SWT yg diberi,guna kan brain,hati,telinga,mulut,mata,tangan.. STEP 8 : pilih surah yg hendak dihafal,ketika ini pakai brain,telinga,mata dan hati sahaja dan jgn gerakkan bibir,dgr dulu mp3 surah terlebih dahulu dan tgk Quran utk memastikan bunyi bacaan bagaimana,hukum tajwid dan pajang pendek harakat,dgr byk kali bacaan oleh imam drpd mp3 surah sambil tgk Quran,replay byk kali mp3 surah,ulang2........telinga ko mmg kena sensitif dan fokus


STEP 9 :apabila sudah dgr,cuba baca secara lisan dan ikut apa yg dibaca oleh imam drpd mp3 surah STEP10 : kemudian pilih satu ayat yg nak dihafal,perhatikan betul2 dan teliti struktur huruf......cthnya huruf "alif lam mim sad".......tengok betul2 struktur huruf alif bagaimana,tengok bentuk huruf mcm mana,begitu juga dgn huruf lam mim sad.....ketika nih pakai brain dgn hati je,jgn gerakkan bibir sebab masa nih kena fokus kat brain dan hati sahaja utk memantapkan ingatan ttg struktur huruf STEP 11: selepas perhatikan dgn amat teliti setiap struktur huruf dalam satu ayat yg panjang,barulah gunakan teknik imagination,tulis balik struktur huruf tuh kat mind tanpa tgk Quran,kejap tgk Quran kemudian pandang tempat lain dan tulis struktur huruf kat minda,tak dapat tgk semula dan kemudian pandang tempat lain,practice berulang kali.....masa nih pun jugak pakai brain dan hati je,jgn gerakkan bibir
STEP 12 : selepas tuh anggap brain anda macam camera,teknik ini dipanggil sebagai photographic memory....berbeza dgn teknik imagination yg kat atas nih yg tulis balik struktur huruf kat mind,photographic memory ko takyah tulis balik kat mind struktur huruf just tangkap gambar ayat panjang tuh dgn minda ,tangkap gambar dgn minda anda satu perkataan tuh dgn pandang sepintas lalu,kemudian pandang tempat lain dan cuba visualise,takdapat tgk semula dan tangkap balik kemudian pandang tempat lain dan visualize,practice byk kali dan ulang ulang sehingga menyebabkan anda sepeti nampak ayat panjang tuh depan mata anda,masa nih pun pakai brain dan hati gak,jgn gerakkan bibir lagi,fokus kat brain.........cthnya anda tau perkataan Allah dan perkataan Muhammad dalam bahasa arab,apabila anda pandang perkataan tersebut cuba hafal then pandang tempat lain dan cuba produce balik dan visualise

STEP 13 : gunakan tangan anda dan tulis pada kertas pakai pensel.......,kalau tak dapat tgk semula quran dan tulis semula ayat tersebut pada kertas,practice ulang ulang,kalau salah senang sikit sebab boleh padam sebab pakai pensel.........bila sudah selalu tulis atas kertas,selepas tuh cuba pakai semula teknik imagination dan photographic memory ketika pandang tempat lain,anda akan nampak peningkatan sendikit dan keberkesanan



STEP 14: kemudian baru lah gunakan bibir dan baca dgn lisan sebanyak 60 kali utk satu ayat tuh utk mengukuhkan daya ingatan,ketika baca perlu gunakan brain dan hati sekali,sambil baca minda perlu cuba bayangkan struktur huruf dan ayat panjang tuh seperti berada di depan mata



STEP 15 :gunakan teknik atas semua nih utk hafal ayat ayat yg berikut,perlu diingat teknik atas2 nih perlu juga gunakan pada perkataan terakhir ayat tersebut dan perkataan permulaan ayat yg berikutnya...apabila ingat barulah menghubungkannya...............cthnya ayat 58 surah yassin........."salamunkaulammirrabirrahim".....dan ayat ke 59.." wamtazulyaumaayuhalmujrimun"............kira kena fokus kat "mirrabirrahim wamtazulyauma"..............perkataan terakhir pada ayat 58 dan perkataan permulaan ayat 59...........perlu fokus dua perkataan itu sahaja dan baca berulang kali dua perkataan itu sahaja kerana utk mencipta refleks secara lisan.......sebab utk mengelak lupa lah,selalunya selalu ingat kat ayat belakang belakang je tapi tak ingat ayat yg awal awal



STEP 16:apabila sudah hafal,baca juga ketika setiap kali anda bersolat,kira solat subuh,zohur,asar,maghrib,isyak dan juga solat sunat.....baca ayat yg anda sudah hafal



STEP 17 : apabila sudah hafal,cuba revise dlm kehidupan seharian,cthnya ketika dlm kereta tengah pergi ke tempat kerja cuba dgr mp3 surah,dr kaset ke,time tgh pasang computer dgr lah surah yassin mp3…gunakan telinga anda utk mendengar mp3 surah,telinga merupakan major function utk memory...… ataupun dlm tren putra elok gak dgr mp3 surah,kalau ada walkman senanglah,,kira kesimpulannya gunakan masa sebaik baiknya tahap maksimum,cthnya naik lif ataupun naik tangga pun ataupun tgh berjalan jalan pergi ke tempat kerja pun dah memakan masa lebih drpd 30 saat,kan bagus gunakan masa tuh utk baca ayat yg dihafal.....takpun time shopping ke boleh gak baca ayat yg sudah dihafal...kalau takde walkman takpe just baca ayat yg anda sudah hafal dgn lisan ataupun dlm hati,perlu diingat setiap kali baca tanpa tgk quran.....perlu baca seperti seolah olah nampak ayat quran di depan mata,itu sebab betapa pentingnya teknik imagination,photographic memory...dan betapa penting teknik tulis ayat quran kat kertas utk memantapkan ingatan......photographic memory dan imagination tuh.cara baca dlm otak,ingat struktur huruf dan ingat bentuk setiap perkataan mcm mana....cthnya perkataan muhammad dlm bahasa arab...kalau baca dlm hati just baca je tanpa tulis huruf kat mind dan tanpa gerak bibir............kena pro teknik nih terlebih dahulu baru boleh rasa seperti nampak ayat depan mata ketika baca tanpa tgk Quran,dan cthnya ketika lunch,jgnlah gunakan satu jam break utk makan,lepak lepak…..kan bagus revise ayat yg sudah dihafal pada pagi subuh…..kalau takde quran kat tangan,internet kan ada,cari ayat quran dlm internet………otak manusia mampu buat 2,3 perkara dlm satu masa..cthnya tgh buat assignment,pada masa tuh boleh dgr mp3 surah serentak ....................cari masa utk hafal .....lepas solat ke luangkan masa utk hafal,hafal satu ayat pun jadilah,apabila ketika berada di luar rumah sentiasa bawa Al-Quran kecil ataupun buku nipis yassin yg dikhaskan utk tahlil utk memudahkan supaya boleh dibawa kemana mana............apapun yg paling penting yg perlu dimulakan ialah niat semata mata kerana Allah SWT



STEP 18 :dan juga cuba revise dgn selalu byk dgr ayat quran mp3 surah drpd pelbagai imam,lebih banyak dgr,lebih senang berinteraksi dgn irama dan rentak.....dan lebih banyak dgr,level of awareness makin tinggi,kira sense ko makin tinggi ttg bunyi bagaimana,sebutan bagaimana,panjang pendek harakat....lama kelamaan boleh feel punya rentak dan irama…..sehingga bunyi suara imam mcm mana pun ko boleh hafal sebab dah boleh feel walaupun dgr drpd pelbagai imam,bila dah hafal suara imam mcm mana,cuba practice ketika baca,maksud aku cthnya penyanyi tgh menyanyi satu lagu nih,anda tau suaranya mcm mana so anda seolah olah hendak ikut suara dia,ini bermaksud ko hafal suara dia mcm mana so cuba practice bila baca surah dan ikut bunyi suara mcm mana yg dibacakan oleh imam........ dan akhir sekali combine semua,bila baca tanpa tgk quran.......baca dlm keadaan nampak ayat quran seolah olah berada di depan mata,kira nih ada kena mengena dgn brain ko lah,dan juga cuba baca dlm keadaan perasaan hati seperti feel rentak dan irama yg dibaca oleh imam
dan kalau ada cd al-quran software yg boleh replay setiap ayat berulang kali juga boleh memantapkan ingatan,cuba try cari kat kedai buku agama
dan cubalah suruh ahli keluarga atau member sendiri utk monitor bacaan hafalan anda,takpun rakamkan suara anda,dan dgr bacaan sendiri



STEP19 :dlm kehidupan seharian jagalah pantang larang,dr segi pemikiran,perbuatan,pancaindera…….peliharalah semua tuh,kalau tidak senang lupa.......cuba ikut step by step teknik atas nih dan anda akan mmg susah nak lupa dan susah nak buang dr otak,terus jadi cam long term memory,dan manfaatkan lah masa muda ketika di dunia nih jgn tunggu sampai umur 40 thn baru nak hafal yassin,last last meninggal umur 60 thn,dah berapa byk masa dah disia siakan ketika muda,gunakan lah masa muda utk beribadat sehingga hari tua dan akan memudahkan diri sendiri menghadapi malaikat izrail,dan pastikan diri sendiri sentiasa ada air sembahyang ketika keluar dr rumah.....best woo ....sebab kalau baca sure lagi byk lagi pahala kan bila ada wuduk,





kesimpulannya,utk mempercepatkan hafalan dan bagi susah nak lupa perlukan gunakan mata,bibir,telinga,tangan,otak dan hati

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails